Tuesday, 18 October 2011

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK SUNGAI BESI

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK SUNGAI BESI




HARI : KHAMIS
TARIKH : 20 OKTOBER 2011
MASA : 7:30 PAGI - 1:00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN BUDIMAN



Monday, 10 October 2011

Adab : Adab Semasa Makan Dan Minum (1)



Dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali rahimahuLLahmenggariskan tujuh adab yang perlu dijaga sebelum makan:
1- Makanan dan minuman dari sumber yang halal dan jauh dari sebarang unsur syubhat
2- Menggunakan tangan yang betul-betul bersih
3- Lebih afdhal meletakkan makanan di dalam bekas dan makan pada paras lantai (secara bersila silang kaki dengan sebelah dari lutut ditegakkan) dengan tujuan melatih diri supaya bertawaddhu’. Tiada larangan untuk makan di meja selagi ianya tidak melampaui batas.*
4- Duduk dengan betul.Di larang bersandar atau baring atau seumpamanya,
5- Berniat supaya makanan tersebut boleh memberikan kekuatan dan tenaga untuk beribadat kepada Allah SWT dan bukannya untuk berlebih-lebih hingga menimbulkan perasaan haloba,tamak,riak dan membazir.
6- Redha dengan setiap apa yang dianugerahkan oleh Allah SWT sebagai rezeki dan sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi
7- Seelok-eloknya janganlah makan seorang diri dan cubalah untuk makan bersama-sama terutama anggota keluarga yang lain ataupun anak-anak sendiri
RasuluLLah SallaLLahu alaihi wasallam sering mengingatkan kalangan ummatnya agar sentiasa menjaga perut dan selalu berwaspada ketika makan kerana banyak penyakit yang menyerang manusia adalah berpunca dari makanan dan cara pemakanan yang tidak betul.
Demikianlah Imam al-Ghazali menganjurkan tatacara dan peradaban yang baik dan perlu dijaga agar ianya diberkati oleh Allah SWT serta dijauhi dari setiap kemungkinan penyakit yang tidak diduga:
1- Mulakan dengan BasmaLLah dan doa
2- Makan dengan menggunakan tangan kanan
3- Mengunyah sehingga hancur dan sebaik-baiknya
4- Jangan dicaci setiap apa yang dimakan (seperti mengatakan makanan itu tidak sedap,kurang menepati selera atau citarasa dan sebagainya)
5- Lebih afdhal dimulakan dengan makanan yang paling dekat dalam hidangan (kecuali buahan)
6- Jangan menghembus atau meniupo makanan yang panas (seeloknya tunggulah dengan bersabar)
7- Jangan makan secara berlebihan ( sebaik-baiknya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang)
8- Jangan disulami setiap suapan ketika makan dengan meminum air kecuali jika perlu
9- Disudahi dengan doa dan beristighfar agar diampunkan Allah SWT sekiranya terdapat sebarang syubhah kemudian membasuh tangan.Mengikut sunnah;RasuluLLah SAW menjilat jari-jari baginda sebelum membasuh tangan selepas makan.
Sekadar renungan dan untuk difikirkan bersama.

Pelajaran 1 : Mengenal Kata Nama Untuk Lelaki

Objektif Pembelajaran :
Pelajar akan dapat menguasai beberapa kalimah bahasa arab setelah anda mengikuti pelajaran-pelajaran yang disediakan ini.
Kaedah 1 :
"Semua kata nama Bahasa Arab asalnya ialah bertanwin"
Sila teliti kalimah-kalimah di bawah ini.
Perhatian :
1) Semua kata nama di bawah ini adalah bersifat lelaki مذكر ).
2) Semua kata nama di bawah ini bertanwin مرفوع ).
NO
KALIMAH
MAKSUD
1.
مَسْجِدٌ
Masjid
2.
بَابٌ
Pintu
3.
كِتَابٌ
Buku
4.
قَلَمٌ
Pen
5.
مِفْتَاحٌ
Kunci
6.
سَرِيْرٌ
Katil
7.
كُرْسِيٌّ
Kerusi
8.
قَمِيْصٌ
Baju
9.
مكْتَبٌ
Meja
10.
بَيْتٌ
Rumah
Aktiviti Pembelajaran :
Sila tulis semula semua kata nama di atas dengan betul serta bariskan.








Dipetik daripada: http://bahasaarabmudah.blogspot.com/

Sunday, 26 June 2011

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011





Friday, 25 March 2011

PELAN SEKOLAH


LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BESI


LAGU SEKOLAH


Inilah sekolah kita
Yang tetap kami sanjungi
Mendidik mengajar
Dengan semangat murni 
Menjayakan ibu pertiwi 

Pada guruku semua
Jasamu tiada bandingan 
Berkorban berusaha
Mendidik setiap masa
Budimu dikenang setiap masa

Suka dan permainan
Kita sama-sama jayakan
Rukun Negara kita 
Pastilah diamalkan
Tuhan yang Maha Kuasa
jayakan kami semua
Sekolah Kebangsaan Sungai Besi tercinta
lambang kita rajin
usaha jaya

VISI DAN MISI SEKOLAH


VISI SEKOLAH


SK. SUNGAI BESI
SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG 2011







MISI SEKOLAH

Ke arah mencapai hasrat ini kami warganya akan:
Memastikan pencapaian kurikulum pelajar sentiasa cemerlang.
Melibatkan semua pelajar dalam kegiatan kokurikulum.
Memupuk sahsiah dan nilai murni di jiwa semua pelajar.
Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus.
Mewujudkan persekitaran yang konduksif dan selamat.
Menjalinkan hubungan yang erat antara komuniti dan sekolah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | belt buckles